Malique Too Phat feat Najwa Mahiaddin - Senyum | Power of Rhythm

Malique Too Phat feat Najwa Mahiaddin - Senyum


Senyum x 5

(*)
Kacak luar.. kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

(**)
Senyum.. tak perlu kata apa-apa x 4

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka

Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawa oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar.. cantik dalam.. cantik macam mama
Hati macam grandmanya.. anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana

Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

(***)
Hey cantik luar.. cantik dalam.. cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipi
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

(*)

(**)

Hey buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan.. aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan

Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi secantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

(***)

(*)

(**)

(*)

Senyum

(source : http://powerofrhythm.blogspot.com)

0 comments: