Bintang Batu - Romansa Bidadari | Power of Rhythm

Bintang Batu - Romansa Bidadari


Aku ingin dirimu ada selalu, 
Bersama kau disamping ku mengharungi hidup.
Aku juga menantikan sebuah cinta, 
Telah ku cari sekian lama, apakah akhirnya?

Kau hadir bagai suatu mimpi, 
yang selalu menjelma di dalam lenaku. 
Aku cuma insan yang biasa, 
yang menginginkan sebuah kesudahan.

Mengertilah bahawa ku hanya berserah, 
telah puas aku mencuba hingga tak berdaya.
Dan kau pilihlah kesudahan yang kau mahu, 
Dengarlah bidadariku, kau yakin ingin mu.

Bidadari persis dari syurga, 
Namun kau kan hilang disaat jagaku. 
Tak akan aku merasa terluka, 
Kerana ku pasti saat lena kau kembali.

Kau hadir bagai suatu mimpi, 
Yang selalu menjelma di dalam lenaku, 
Kita cuma insan yang biasa, 
Kesudahan itu perlu ada pengorbanan.
Aku ingin diriku ada selalu, 
Bersama kau disimping ku mengharungi hidup.

(source : http://www.facebook.com/pages/Bintang-Batu/173092425885)

0 comments: